Ringkasan fasa ekonomi dunia sebelum memulakan idea trading.

Perkara paling penting sebelum kita memulakan perjalanan pulang ke kampung ialah rancang perjalanan samada menggunakan motor, kereta, bullet train ataupon kapal terbang.

Ketika menaiki kereta contohnya kita akan pilih jalan pendek seperti lebuhraya untuk segera sampai di destinasi kampung halaman berbanding menggunakan jalan berliku2 di pinggiran bandar yang penuh halangan lalulintas seperti lampu isyarat dan menempuh jarak yang jauh. 

Jadi kesimpulannya dalam trading ingin saya sampaikan kita perlu mengetahui bila fasa ekonomi dunia Uptrend fasa Locking (sideway/ accumulation/distribution ) dan juga fasa Downtrend. 

Mudah saja bagi trader untuk tekan button Buy dan Sell tetapi dimanakah entry yang paling sesuai untuk open trade dan dimanakan harga yang sesuai untuk Close trade.

Trade idea saya pula ialah masuk market buy ketika eknonomi dunia sedang fasa uptrend dan berehat di lebuhraya rnr (rehat dan rawat) ketika ekonomi dunia dalam keadaan Locking dan seterusnya masuk market sell follow ekonomi downtrend.

Bagaimana hendak kesan market fasa uptrend dan downtrend itu mudah saja cuma yang susah sedikit hendak kesan ialah market sedang retracement dan juga sedang locking.

Secara ringkas trader perlu pastikan apabila Base dan Quote currency 8 negara berada dalam keadaan seimbang dan sepakat di semua time frame maka disitulah cara untuk mengenalpasti market sedang malakukan sesuatu yang luarbiasa sidewaynya. Kepelikan yang berlaku seolah2 telah lama dirancang oleh kuasa ekonomi dunia terhadap kesemua pasaran wang antarabangsa. Mana mungkin trader boleh merisikokan wangnya untuk membeli semua pair kerana menyangka pasaran sedang uptrend dan juga menjual ketika menyangka pasaran dunia sedang downtrend sekiranya trader tiadak tahu kesan market sedang locking. Rsiko sangat tinggi ketika itu sekiranya modal trader gunakan hanya usd15 hingga usd500. sekali libas saja market akan menelan semua bilis bilis trader.

Cara untuk kenal pasti ekonomi dunia sedang tenat ketika musim pandemik kovid ini ialah ketika setiap time frame monthly, weekly daily dan H4 H2 H1 Base dan Quote currency tidak mendominasi/ seimbang.

Base (B)currency terdiri dari matawang AUD NZD GBP dan EUR

Quote (Q) currency terdiri dari matawang USD CAD CHF dan JPY

Jika salah satu currency ini mendominasi kedudukan waktu timeframe maka kita boleh kesan ekonomi dunia berada pada keadaan apa. sebagai contoh USD strong berada kedudukan teratas di dalam 8 currency maka USDxxx pair sepatunya buy dan xxxUSD pair sepatutnya sell. 

Gold pula pada 23 Julai 2021 berada dalam keadaan sell mood, harga new high ialah 1810.79USD dan paling rendah 1789.83 USD .Data diambil menggunakan metatreader 4 Roboforex. Seolah2 menunjukkan matawang Quote currency iaitu USD berada sangat strong. 

jika CAD CHF dan JPY juga strong kuasai pasaran dunia maka berlakulah fasa downtrend. 

jika Base pula strong nisbahnya di setiap timeframe kuasai pasaran ekonomi duna maka berlakulah fasa uptrend.

jika 2 Base dan 2 Quote menguasai maka berlakulah locking dalam market. itula punca trader dan signal provider asyik analisa saja memanjang kene SL dahulu kemudia barulah market menuju ke profit.



boleh pm saya DISINI untuk lihat data market secara live

Sedikit penerangan data diambil pada 23 Julai 2021.

Fokus pada 8 currency tersebut sahaja, abaikan 2 item di atas dan gold dibawah.

Terdapat EUR GBP AUD dan NZD sebagai Base lihat TF H1 3 data hijau dan 1 data merah

ia bermaksud market sedang locking.

Perhatikan TF H1ada dua currency datanya warna hijau dan 2 currency berwana merah jika dicampur data ini total akan sama 130.1 iaitu base ccy( EUR+ AUD+NZD - GBP) dan quote ccy (CAD + CHF - USD - JPY)

Jika data strengh USD bersamaan 0.8 dan JPY bersamaan 1.8 maka ia menunjukaan Quote ccy ini lemah dan entry yang trader sepatutnya fikirkan sesuai untuk buy GBPUSD dan AUDJPY. Sistem PAP ini membantu trader untuk membuat pilihan yang sesuai selepas mengambil kira data data ekonomi yang sedang berlaku pada waktu pagi dan entry yang sesuai pada waktu petang hingga malam.

Begitu juga TF 2H , 4H, Daily , Weekly dan Monthly,perkiraannya tetap Base akan seimbang dengan Quote


Lihat meter strengh di sebelah kanan , currency CAD paling strong dan currency JPY paling weak di TF m5 jadi sesuai untuk scalping buy. Sekiranya ia berlaku di timeframe daily maka sesuai kita tahu keadaan ekonomi berada Locking dan trader perlulah rnr d tepi highway.

Puncanya 4 currency diatas adalah strong dan 4 currency dibawah adalah lemah. Perhatikan 2B 2Q berada d kedudukan  4 paling kuat dan 2B 2Q berada dikedudukan paling lemah dibawah.

1 CAD
2 NZD
3 CHF
4 GBP 
5 USD 
6 EUR 
7 AUD
8 JPY

Penjelasan ringkas menunjukkan keadaan pasaran ekonomi dunia berada pada fasa Locking.
Manakala pair CADxxx, NZDxxx  berada pada kedudukan sesuai untuy entry buy
Tetapi pair EURxxx , AUDxxx  berada pada kedudukan sesuai entry sell

Manakala pair currency CHF dan JPY lain pula cara entrynya. Rujuk meter tersebut diatas ,CHF lebih kuat berbanding JPY jadi kita hanya akan fokus pada buy CHFJPY . Jika mau sell boleh tidak salah tetapi carilah currency lemah vs currency  kuat seperti USDCHF dan AUDCHF

Jika pair USDJPY pula sesuai buy dan tunggu JPY di ranking pertama strengh currency barulah sesuai untuk sell GBPJPY, CHFJPY EURJPY.

Apa jadi pada GBPUSD di no 4 dan no 5 kedudukan meter strength?
GBPUSD masih dalam kedudukan sideway. Sebab itu trader perlu pilih pair yang tidak sideway untuk membuat trade idea sebelum entry market.





Sekian sahaja catatan untuk hari ini. Sekiranya ada penambahan dan cadangan dari trader bolehla maklumkan pada saya DISINI.

Percambahan Idea

Illustrasi Trading Hari Jumaat 30 Julai 2021





GBPUSD sell di zone atas line putih hijau dan merah disamping itu magenta X gundamfx sudah keluar 4 dan blue X pula ada 5.


Lihat AUDUSD terjun.


Lihat penangan USD strong di meter menyebabkan mudah entry sell AUDUSD.


Hasil signal yang dikongsi di facebook GBPUSD fokus sell kerana meter GBP weak dan matawang Q mendominasi no 1 2 3 dan 4 ( 3Q dan 1 B)




Bagi peminat Dow Jone, tahniah anda berjaya sell di puncak resistant.






Setiap minggu atau setiap hari di awal trading pastikan arah market bergerak ke atas atau ke bawah dahulu. jangan sesakali entry awal sangat. Jika market sideway di line aqua maka jgn masuk market lagi. Lihat AUDCHF weak kerana arah price bergerak dibawah line Aqua.




Sistem copytrade baru berusia 10 hari (modal usd1000 lot entry 3 layer sehari dan sudah grow menjadi usd1200)


Jika deposit tanpa bonus pilih simple deposit. Sekiranya hendak bonus 60% extra perlu tekan Profit Share Bonus (syaratnya perlu capai lot trading sebelum withdraw)


Jika nak follow copytrade perlu guna broker sama DISINI

Selepas masukkan modal seperti syarat tersebut diatas salin DISINI


Catatan untuk diri sendiri, pastikan follow step 1 2 dan 3

No 1 Pastikan matawang Q mendominasi kekuatan 1 2 3 dan 4 atau sekurang2nya 3Q dan 1B

No 2 Pastikan pair kita entry selari dengan kekuatan dan kelemahan matawang di No 1

No 3 ialah tunggu SOP gundamfx 3 or 5  magenta di zone atas line merah line putih dan juga line hijau (entry sell di resistant)

Inilah yang dinamakan low risk trading idea ( SL letak 20pip dan TP letak 50pip )

Jika nak analisa buy pula pastikan matawang B mendominasi kekuatan 1 2 3 dan 4 atau sekurang2nya 3B dan 1 Q




No comments:

Post a Comment