Thursday, October 14, 2021

10 awal dan akhir surah al kahfi

amalkan baca 10 ayat awal surah al kahfi pada hari Jumaat.
10 ayat akhir surah al kahfi.

Tuesday, July 6, 2021

Doa doa pilihan


Doa Sesudah Solat Dhuha

1. Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi!, Anugerahkanlah kepadaku ilmu dan hikmah dan berilah aku rezeki dengan mudah; wahai Tuhan Pemberi Rezeki.

2. Tuangkanlah kepadaku rezeki laksana tumpahan rahmat kerana engkaulah harapan hatiku yang hancur 



 rujukan kitab Amalan Rutin Ustaz Drs. Hm. Noor Tijany m/s 167 - 169


Sunday, April 1, 2018

Cara Langsaikan Hutang Sebelum Buat Hutang Baru


Nota Editor: Tips ini telah diberikan oleh Zaidi Ismail dan telah mendapat maklum balas yang banyak dari mereka yang yang telah membacanya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Anda boleh ikuti perbincangan lanjut tentang perkongsian ini di sini.

Semua orang mempunyai cabaran kewangan dan setiap cabaran kewangan setiap orang tidak sama , ini adalah sebab utama saya tidak suka menunjukkan formula dan kiraan kewangan secara umum terutama di blog atau di media sosial dan anggap setiap kiraan dan formula tersebut boleh digunakan oleh semua orang.
Dibawah adalah contoh kes dimana tanpa formula , trik atau kaedah tertentu dapat menyelesaikan hutang sebanyak RM43K dalam masa 14 bulan sahaja , selepas tempoh tersebut dan apabila semua hutang dilangsaikan, Tuan punya kes akan dapat menyimpan RM4000 setiap bulan.





Berikut adalah dialog saya bersama yang bertanya , dengan sedikit maklumat asas dapat membantu beliau menyelesaikan hutang sedia ada.
Yang Bertanya : Assalamualaikum Tuan. Memandangkan tuan punya schedule tight saya ada sedikit persoalan berkenaan financial saya. Takut nanti saya tersalah langkah. Tuan hanya bagi pendapat sedikit sahaja sama ada baik / tidak. Saya mempunyai commitment yang sangat tinggi di mana total up adalah setiap bulan lebih kurang RM3500 saya perlu bayar.
Saya ingin ambil keputusan untuk membeli rumah ayah saya di mana saya sekarang duduk bersama orang tua saya. Saya wat pinjaman rumah kedua sebanyak RM360000 dengan monthly payment RM1700. RM110000 saya ambil untuk langsaikan hutang kereta, & segala loan. Balance RM250000 untuk ibu bapa saya. Adakah betul cadangan saya di atas?
Saya : Secara umum , tidak.
Yang Bertanya : Terima kasih tuan. Maybe saya akan usaha jumpa tuan dahulu. [ saya tahu beliau hampir putus asa dengan jawapan saya]
Saya : Berapa simpanan ditangan? Total tunai dan berapa yang boleh disimpan setiap bulan (jika ada) ? Kata ada rumah pertama , berapa bayaran bulanan rumah pertama? Ada KWSP akaun 2 tak? [saya mula mengorek maklumat yang diperlukan]
Yang Bertanya : Simpanan di tangan tiada tuan. Simpanan untuk setiap bukan jika ikut perbelanjaan yang saya da wat dan tolak semua commitment saya boleh simpan dalam RM500.
Saya mula memberikan solusi :-
Saya : Jika begitu , kenapa tak hanya bayar RM600 untuk kredit kad UOB , RM400 + RM500 baki bayar CIMB Lite? [ini kerana bayaran ansuran minima kad kredit cuma 5% dari baki hutang kad kredit sedia ada]
Yang Bertanya : Rumah pertama dalam pembikinan tuan. Beli rumah apartment kat Shah Alam 330000 dan sekarang baru 50%. Bayaran monthlymacam dalam pictures RM750.
Saya : Dalam masa 2 bulan CIMB Lite dah boleh habis bayar
Yang Bertanya : KWSP akaun 2 ada tuan.
Saya : Bulan ke 3 dah boleh menyimpan RM1K sebulan.
Yang Bertanya : Dulu down payment rumah dah keluar kan RM16k , owhh.. betul juga tuan. Langkah yang baik tuan. terima kasih banyak-banyak tuan atas nasihat. Jika ada peluang saya akan attend tuan sesi 1 on 1. Saya akan bawa segala details yang saya ada bersama isteri.
Saya : CIMB kad boleh bayar RM300 jer dulu , jimat RM400
Yang Bertanya : Setiap hari saya tgok appointment..
Saya : Kalau dicampurkan jumlah yg boleh jimat / simpan bulanan = Rm400 + RM500 + RM400 + RM150 = RM1550.
RM1550 kalau simpan dalam masa 5 bulan dah boleh / tutup habis kad kredit CIMB
Saya : Maka simpanan bulanan = RM400 + RM500 + RM700 + RM150 = RM1950
Yang Bertanya : Ini memang terbaik. Eye openers untuk saya. Tak terfikir tuan [ ini biasanya akan terjadi , tidak terfikir , kenapa tak fikir ? saya tak rasa ianya sukar untuk di fikirkan]
Saya : Dalam masa 3 bulan dah boleh langsaikan personal loan Al Rajhi
Yang Bertanya : Alhamdulillah terima kasih tuan. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan. Sangat appreciate bantuan awal tuan ni.
Saya : Maka simpanan = Rm400 + RM500 + RM700 + RM150 + RM250 = RM2300. maknanya dari awal cuma ambil masa 10 bulan untuk selesaikan semua hutang kecuali kredit kad UOB dan PL Easy RHB sahaja. Setiap bulan dah boleh simpan Rm2300 sebulan.
Yang Bertanya : Baik tuan. Cadangan yang sangat baik.
Saya : Kalau simpan RM2K sebulan pun dah OK , dalam masa 10 bulan berikutnya dah ada RM20K , nak setelkan UOB pun boleh atau just let it be , bayar minimun , simpanan dah boleh buat modal beli rumah sewa Rm200K
Yang Bertanya : Syukur sangat-sangat. Eye openers untuk saya. Saya akan buat schedule.
Saya : Ini cuma langkah permulaan , bila kita jumpa kelak dan tahu lebih detail, mungkin pelannya akan berubah. paling tidak boleh mula selesaikan 1 hutang dlm masa 2 bulan. Bayar minima kad UOB dan CIMB + RM500 duit simpanan anda , 2 bulan dah boleh selesaikan CIMB lite dan boleh simpan ekstra RM150.
Rm400 + RM400 + RM500 = RM1300 / bulan ,
2nd month dah ada terkumpul RM2600 ( dah boleh setelkan cimb lite = RM1900)
Bulan ke 3 = RM1300 + RM150 = RM1450 + RM700 = RM2150 (total terkumpul)
Bulan ke 4 = RM2150 + RM1450 = RM3600
Bulan ke 5 = RM3600 + RM1450 = RM5500.
Bulan ke 5 dah boleh selesaikan hutang CIMB Master = Rm5500 – RM4500 = RM1k
Bulan ke 6 = Rm1K + RM1450 + RM300 = RM2750.
Bulan ke 7 = RM1750 + RM2750 = RM4500
Bulan ke 8 = RM1750 + RM4500 = RM6250
Begitulah seterusnya.
Yang Bertanya : Baik tuan. Terima kasih tak terhingga. Fuhhh tak sangka dapat bantuan sebegini banyak dari tuan. Saya akan cuba buat schedule sebagai langkah permulaan. Baik tuan. Saya akan wat schedule. Insha Allah saya tunjukkan kat tuan sebentar lagi. At least I can get pictures.
Saya : Ok, insya’llah.
Yang Bertanya : Terima kasih tuan.
Saya : Stop guna kad kredit buat masa ini sehingga hutang-hutang ini dihapuskan


Yang Bertanya : Tuan, schedule seperti yang tuan suggest. Terima kasih tuan atas eye openers. Insha Allah akan buat temu janji dengan tuan untuk langsaikan kereta pula serta tambahan macam mane nak kumpul aset. Insha Allah.
PS : Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan simpanan sebanyak RM4000 setiap bulan?
1. Beli rumah sewa RM350K setiap 10 bulan ?
2. Melabur dalam perniagaan kecil setiap 10 bulan ?
3. Membeli saham-saham berkualiti di Bursa Saham Kuala Lumpur setiap 10 bulan ?
4. Melabur kedalam logam berharga setiap 10 bulan ?
5. Bercuti keluar negara setiap 10 bulan ?
6. Beli kereta baru secara tunai setiap 10 bulan ?
7. Umrah setiap 10 bulan ?
8. Penuhkan ASB dalam masa 4-5 tahun ?
9. Apa sahaja yang menguntungkan ?
Bayangkan pula apabila yang bertanya bertemu saya kelak ketika sessi analisa kewangan dan 1 on 1 apabila saya mengambil kira KWSP , rumah yang dibeli , hutang kereta , bonus , dividen dan lain-lain kapasiti kewangan yang belum diambil kira. Bayangkan.
Maka pilihan di tangan kita sendiri , tak perlu masuk program tersontot , tak perlu buat pinjaman bodo bodo , tak perlu pusing konar dan belit sana sini untuk membina harta dan menjadi kaya dan semuanya boleh dilakukan sendiri menggunakan apa yang ada ditangan tanpa perlu melibatkan orang lain.

Friday, June 17, 2016

Perlunya pemahaman cryptocurrency

Apa itu Cryptocurrencies? Memahami Cryptocurrencies

Cryptocurrency adalah satu trend yang semakin popula🐩. Takrif Cryptocurrency yang mudah adalah untuk ambil perhatian bahawa cryptocoins adalah satu bentuk mata wang digital. Penggunaan  kesukaran ( dificulty) semasa fasa pengeluaran  (mining) mata wang melindungi  nilai mata wang. Had bilangan unit mata wang adalah pra-set sebelum mata wang itu dikemukakan.

Mata wang ini yang boleh dikesan, boleh disahkan, dan sama sekali bebas daripada institusi kewangan dan bank-bank tradisional. Pengenalpastian lebih biasa digunakan untuk cryptocurrencies adalah "bitcoins."

Maklumat Bitcoins

Ditubuhkan enam tahun yang lalu pada tahun 2009, bitcoins adalah penciptaan mata wang pertama yang ditubuhkan oleh individu yang menggunakan nama yang diandaikan Satoshi Nakomoto. Tanpa campur tangan mana-mana institusi kewangan atau orang tengah, transaksi bitcoin diproses dengan peluang untuk membuat urus niaga dalam ketanpanamaan lengkap. Populariti cryptocurrency yang agak baru semakin meningkat, dan banyak lagi penjual dan pedagang memeluk idea penggunaannya. Malah, ia adalah mungkin untuk menggunakan bitcoin mata wang untuk membeli perkhidmatan, secara dalam talian dan di luar.

Memahami Kelebihan Cryptocurrencies

Seperti yang telah disebutkan, salah seorang dari pemimpin kelebihan bitcoins adalah hakikat bahawa transaksi boleh berlaku dalam ketanpanamaan lengkap. Namun, terdapat banyak kelebihan tambahan apabila mempertimbangkan pasaran cryptocurrency dan peluang-peluang yang disediakan. Sebagai contoh, melakukan urus niaga yang  bebas dari kawalan bank-bank dan kawalan ketat institusi kewangan. Ini membolehkan yuran lebih rendah untuk pembelian antarabangsa. Seterusnya bayaran dpt dikurangkan  kerana bitcoins sama sekali tidak dikawal selia oleh negara tertentu.

Masa depan cryptocurrency kelihatan cerah juga, seperti yang dikenal pasti dalam peningkatan jumlah orang yang memilih untuk melabur dalam bitcoins dengan harapan syiling akan meningkatkan nilai sepanjang masa.

Cryptocurrencies lain

Bitcoin adalah duit syiling yang pertama untuk menjadi cryptocurrency boleh digunakan. Sejak penciptaan bitcoin, lebih cryptocurrencies telah ke hadapan dalam perhatian orang ramai dan kini sedia untuk digunakan atau dijadikan pelaburan.

Cryptosystems tidak bitcoins, tetapi altcoins atau alternatif kepada bitcoin itu. Selepas inovasi bitcoin itu, pada tahun 2011, Litecoin (LTC) dan Namecoin (NMC) telah diterbitkan, dengan Litecoin menjadi skrip cryptocurrency pertama. Tahun 2012 menyaksikan penciptaan Dogecoin (Doge), yang cryptocurrency pertama sebagai bukti pegangan dan bukti fungsi kerja.

Pada tahun 2013, senarai cryptocurrencies didapati berkembang untuk memasukkan Mastercoin (MSC), Primecoin (Name), dan Ripple (XRP). Pada tahun 2014, Auroracoin (AUR), Blackcoin (BC), Coinye (KOI), Dash, MazaCoin (MZC), dan Monero (XMR) menyertai barisan cryptocurrencies sedia ada. Cryptocurrencies tambahan yang terdapat pada 2014 termasuk PotCoin (Pot), PrimeCoin (Name), dan Titcoin (TIT).

Pada Tahun 2021 harga dogecoin meningkat secara mendadak.

Thursday, June 16, 2016

Blog ini khas untuk pengetahuan asas cryptocurrency dan juga berkongsi pengalaman merasai berurusniaga menggunakan matawang internet sebagaimana orang terdahulu pernah merasai sistem barter dlm memiliki sesuatu barangan keperluan atau perkhidmatan.

Selamat mengkaji dan mengaplikasi matawang baru ini iaitu Dogecoin.

Kepada penggemar bitcoin dan juga lain2 currency, mereka boleh menukarkan coin mereka kepada cash atau juga kepada dogecoin di sini dengan caz pertukaran yang minima.

Terkini tahun 2021 harga Bitcoin dan Dogecoin melonjak ke paras maksimum.