Nota Editor: Tips ini telah diberikan oleh Zaidi
Ismail dan telah mendapat maklum balas yang banyak dari mereka yang yang telah
membacanya. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Anda boleh
ikuti perbincangan lanjut tentang perkongsian ini di sini.
Semua orang mempunyai cabaran kewangan dan setiap cabaran
kewangan setiap orang tidak sama , ini adalah sebab utama saya tidak suka
menunjukkan formula dan kiraan kewangan secara umum terutama di blog atau di
media sosial dan anggap setiap kiraan dan formula tersebut boleh digunakan oleh
semua orang.
Dibawah adalah contoh kes dimana
tanpa formula , trik atau kaedah tertentu dapat menyelesaikan hutang sebanyak
RM43K dalam masa 14 bulan sahaja , selepas tempoh tersebut dan apabila semua
hutang dilangsaikan, Tuan punya kes akan dapat menyimpan RM4000 setiap bulan.
Berikut adalah dialog saya bersama yang bertanya , dengan
sedikit maklumat asas dapat membantu beliau menyelesaikan hutang sedia ada.
Yang Bertanya : Assalamualaikum
Tuan. Memandangkan tuan punya schedule tight saya
ada sedikit persoalan berkenaan financial saya. Takut nanti saya tersalah
langkah. Tuan hanya bagi pendapat sedikit sahaja sama ada baik / tidak. Saya
mempunyai commitment yang sangat
tinggi di mana total up adalah setiap
bulan lebih kurang RM3500 saya perlu bayar.
Saya ingin ambil keputusan untuk
membeli rumah ayah saya di mana saya sekarang duduk bersama orang tua saya.
Saya wat pinjaman rumah kedua
sebanyak RM360000 dengan monthly payment RM1700.
RM110000 saya ambil untuk langsaikan hutang kereta, & segala loan.
Balance RM250000 untuk ibu bapa saya. Adakah betul cadangan saya di atas?
Saya : Secara umum , tidak.
Yang Bertanya : Terima kasih tuan. Maybe
saya akan usaha jumpa tuan dahulu. [ saya tahu beliau hampir putus asa dengan
jawapan saya]
Saya : Berapa simpanan ditangan? Total tunai
dan berapa yang boleh disimpan setiap bulan (jika ada) ? Kata ada rumah pertama
, berapa bayaran bulanan rumah pertama? Ada KWSP akaun 2 tak? [saya mula
mengorek maklumat yang diperlukan]
Yang Bertanya : Simpanan di tangan tiada
tuan. Simpanan untuk setiap bukan jika ikut perbelanjaan yang saya da
wat dan tolak semua commitment saya
boleh simpan dalam RM500.
Saya mula memberikan solusi :-
Saya : Jika begitu , kenapa tak hanya bayar
RM600 untuk kredit kad UOB , RM400 + RM500 baki bayar CIMB Lite? [ini kerana
bayaran ansuran minima kad kredit cuma 5% dari baki hutang kad kredit sedia
ada]
Yang Bertanya : Rumah pertama dalam
pembikinan tuan. Beli rumah apartment kat Shah Alam 330000 dan sekarang baru
50%. Bayaran monthlymacam dalam pictures RM750.
Saya : Dalam masa 2 bulan CIMB Lite dah boleh
habis bayar
Yang Bertanya : KWSP akaun 2 ada tuan.
Saya : Bulan ke 3 dah boleh menyimpan RM1K
sebulan.
Yang Bertanya : Dulu down
payment rumah dah keluar kan RM16k , owhh.. betul juga tuan.
Langkah yang baik tuan. terima kasih banyak-banyak tuan atas nasihat. Jika ada
peluang saya akan attend tuan sesi 1
on 1. Saya akan bawa segala details yang
saya ada bersama isteri.
Saya : CIMB kad boleh bayar RM300 jer dulu ,
jimat RM400
Yang Bertanya : Setiap hari saya tgok
appointment..
Saya : Kalau dicampurkan jumlah yg boleh jimat
/ simpan bulanan = Rm400 + RM500 + RM400 + RM150 = RM1550.
RM1550 kalau simpan dalam masa 5
bulan dah boleh / tutup habis kad kredit CIMB
Saya : Maka simpanan bulanan = RM400 + RM500 +
RM700 + RM150 = RM1950
Yang Bertanya : Ini memang terbaik. Eye
openers untuk saya. Tak terfikir tuan [ ini biasanya akan
terjadi , tidak terfikir , kenapa tak fikir ? saya tak rasa ianya sukar untuk
di fikirkan]
Saya : Dalam masa 3 bulan dah boleh langsaikan
personal loan Al Rajhi
Yang Bertanya : Alhamdulillah terima kasih
tuan. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan. Sangat appreciate bantuan
awal tuan ni.
Saya : Maka simpanan = Rm400 + RM500 + RM700 +
RM150 + RM250 = RM2300. maknanya dari awal cuma ambil masa 10 bulan untuk
selesaikan semua hutang kecuali kredit kad UOB dan PL Easy RHB sahaja. Setiap
bulan dah boleh simpan Rm2300 sebulan.
Yang Bertanya : Baik tuan. Cadangan yang
sangat baik.
Saya : Kalau simpan RM2K sebulan pun dah OK ,
dalam masa 10 bulan berikutnya dah ada RM20K , nak setelkan UOB pun boleh atau
just let it be , bayar minimun , simpanan dah boleh buat modal beli rumah sewa
Rm200K
Yang Bertanya : Syukur sangat-sangat. Eye
openers untuk saya. Saya akan buat schedule.
Saya : Ini cuma langkah permulaan , bila kita
jumpa kelak dan tahu lebih detail, mungkin pelannya akan berubah. paling tidak
boleh mula selesaikan 1 hutang dlm masa 2 bulan. Bayar minima kad UOB dan CIMB
+ RM500 duit simpanan anda , 2 bulan dah boleh selesaikan CIMB lite dan boleh
simpan ekstra RM150.
Rm400 + RM400 + RM500 = RM1300 /
bulan ,
2nd month dah ada terkumpul RM2600 ( dah boleh
setelkan cimb lite = RM1900)
Bulan ke 3 = RM1300 + RM150 =
RM1450 + RM700 = RM2150 (total terkumpul)
Bulan ke 4 = RM2150 + RM1450 =
RM3600
Bulan ke 5 = RM3600 + RM1450 =
RM5500.
Bulan ke 5 dah boleh selesaikan
hutang CIMB Master = Rm5500 – RM4500 = RM1k
Bulan ke 6 = Rm1K + RM1450 + RM300
= RM2750.
Bulan ke 7 = RM1750 + RM2750 =
RM4500
Bulan ke 8 = RM1750 + RM4500 =
RM6250
Begitulah seterusnya.
Yang Bertanya : Baik tuan. Terima kasih tak
terhingga. Fuhhh tak sangka dapat bantuan sebegini banyak dari tuan. Saya akan
cuba buat schedule sebagai langkah
permulaan. Baik tuan. Saya akan wat schedule. Insha Allah saya tunjukkan kat
tuan sebentar lagi. At least I can get pictures.
Saya : Ok, insya’llah.
Yang Bertanya : Terima kasih tuan.
Saya : Stop guna kad kredit buat masa ini
sehingga hutang-hutang ini dihapuskan
Yang Bertanya : Tuan, schedule seperti yang
tuan suggest. Terima kasih
tuan atas eye openers. Insha Allah akan
buat temu janji dengan tuan untuk langsaikan kereta pula serta tambahan macam
mane nak kumpul aset. Insha Allah.
PS : Bayangkan apa yang boleh dilakukan
dengan simpanan sebanyak RM4000 setiap bulan?
1. Beli rumah sewa RM350K setiap
10 bulan ?
2. Melabur dalam perniagaan kecil
setiap 10 bulan ?
3. Membeli saham-saham berkualiti
di Bursa Saham Kuala Lumpur setiap 10 bulan ?
4. Melabur kedalam logam berharga
setiap 10 bulan ?
5. Bercuti keluar negara setiap 10
bulan ?
6. Beli kereta baru secara tunai
setiap 10 bulan ?
7. Umrah setiap 10 bulan ?
8. Penuhkan ASB dalam masa 4-5
tahun ?
9. Apa sahaja yang menguntungkan ?
Bayangkan pula apabila yang
bertanya bertemu saya kelak ketika sessi analisa kewangan dan 1 on 1 apabila
saya mengambil kira KWSP , rumah yang dibeli , hutang kereta , bonus , dividen
dan lain-lain kapasiti kewangan yang belum diambil kira. Bayangkan.
Maka pilihan di tangan kita
sendiri , tak perlu masuk program tersontot , tak perlu buat pinjaman bodo bodo ,
tak perlu pusing konar dan belit sana
sini untuk membina harta dan menjadi kaya dan semuanya boleh dilakukan sendiri
menggunakan apa yang ada ditangan tanpa perlu melibatkan orang lain.
No comments:
Post a Comment